Malaysia Umumkan Langkah Perintah Kawalan Yang Berkuatkuasa 18 Mac 2020!

773

Seperti yang kita sedia maklum, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Sehingga kini sebanyak 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.

Di Malaysia, pada minggu ini telah berlaku peningkatan yang mendadak. Pada hari ini sebanyak 125 kes baharu telah dicatat sehingga menjadikan jumlah individu yang terjangkiti wabak koronavirus (Covid-19). Hal ini telah menyebabkan kerajaan mengambil inisiatif untuk menambah kapasiti petugas di 135 hospital kerajaan di seluruh negara.

Sebagaimana menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan memandang serius hal ini dan memberi keutamaan untuk mencegah penularan wabak ini daripada dijangkiti lebih ramai orang. Justeru dengan tujuan tersebut Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Secara tamsilnya, dengan ini sebarang perhimpunan yang melibatkan orang ramai adalah dilarang dan ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Selain itu, perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara adalah disekat dan bagi mereka yang pulang akan dikenakan kuarantin secara sukarela selama 14 hari. Dalam masa yang sama, semua pelancong dan pelawat asing kedalam negara juga adalah disekat.

Disamping itu, sekolah dan insititusi pendidikan juga akan ditutup diseluruh negara termasuk peremis kerajaan kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.

Tambah YAB, para rakyat Malaysia diharapkan bersabar dalam menghadapi duggan ini dan dinasihatkan agar tidak panik dan sentiasa berusaha untuk tenang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat