Malaysia Umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi RM 20 Bilion!

443

Pada petang 27 Februari, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri interim telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi RM20 bilion pelepasan cukai dan subsidi bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan wabak COVID-19 dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.

Jumlah yang diperuntukan tersebut adalah lebih tinggi daripada Pakaj Rangsangan yang diperuntukan oleh Singapura iaitu sebanyak RM 17 billion bagi membantu firma dan para perkerja termasuk isi rumah.

Dalam ucapannya pada hari ini, Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa pakej rangasangan Malaysia menumpukan pada tiga strategi utama iaitu bagi menangani impak penyakit wabak koronavirus atau nama baru COVID-19, memangkin pertumbuhan yang berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan yang berkualiti.

Tambah beliau, harapannya beberapa strategi dan rancangan juga akan dilaksanakan bagi memastikan ekonomi negara di landasan yang mampan.

Dalam masa yang sama bagi meringankan beban syarikat yang terjejas oleh wabak COVID-19, Bank Negara Malaysia akan menyediakan bantuan khas yang bernilai RM 2 bilion . Disisi lain Bank Simpanan Nasional juga akan memperuntukkan kemudahan mikro kredit yang bernilai RM 200 juta pada kadar faedah 4% kepada perniagaan yang terjejas.

Di samping, kerajaan akan memudahkan aliran tunai bagi perniagaan yang terkesan, bantuan kepada individu yang terjejas dan merangsang permintaan dalam industri pelancongan, kerajaan juga akan melakukan pembayaran Bantuan Sara Hidup sebanyak RM200 yang dijadualkan pada bulan Mei, diawalkan ke Mac dan setiap penerima juga akan mendapat tambahan RM100 dengan dikreditkan dalam akaun pada bulan Mei.

Setakat ini, di seluruh dunia sebanyak kira-kira 80,000 orang telah dijangkiti penyakit itu dan lebih 2,800 maut direkodkan. Di Malaysia sebanyak 22 kes positif COVID-19 telah tercatat dengan 20 individu telah pulih sepenuhnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat