Mampukah AUD/USD Bangkit Semula Selepas Kejatuhan Parah Minggu Lalu?

150

Sentimen pasaran yang berisiko pada dagangan penghujung minggu lalu menyaksikan US dolar berjaya paparkan pengukuhan berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran, namun di penutup sesi terakhir melihatkan penyusutan semula oleh US dolar.

Dolar Australia antara yang dilihat mengalami penyusutan ketara berbanding US dolar pada dagangan minggu lalu.

Pelabur kini berwaspada menantikan keputusan mesyuarat bank pusat Australia pada esok hari (Selasa) yang dilihat bakal memberi impak terhadap dolar Aussie.

Reserve Bank of Australia (RBA) dijangkakan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas lagi pada mesyuarat polisi kali ini, selepas melakukan kenaikan yang sama pada mesyuarat sebelum ini.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah menjunam pada Jumaat lalu dengan sekitar 140 pips penurunan harian dicatatkan mencecah sekitar 0.67650.

Mencecah ke paras tersebut juga mencatatkan paras terendah terbaru sejak Mei 2020 selepas harga berjaya melepasi zon support pada Mei lalu iaitu pada 0.68300.

Namun pada penutup dagangan sesi terakhir minggu lalu menyaksikan harga meningkat semula dari paras terendah yang dicecah itu dan kembali menguji semula zon 0.68300.

Menjadi rintangan terbaru pada dagangan yang bersambung di awal minggu ini, paras 0.68300 terus diuji dengan kenaikan dilihat diteruskan pada sesi Eropah petang ini.

Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut diuji yang akan dinilai pelabur bagi petunjuk arah pergerakan selanjutnya.

Jika kenaikan berjaya diteruskan melepasi halangan MA50, harga berkemungkinan akan menuju ke paras tumpuan 0.69000 selepas memberikan isyarat perubahan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan seterusnya dilihat akan menuju pula ke paras sekitar 0.7000.

Namun, jika harga gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi sebaliknya memaparkan penurunan, paras terendah yang dicecah pada Jumaat lalu berkemungkinan akan diatasi harga.

Penurunan lebih rendah dijangka untuk mencecah pula ke paras sekitar 0.67000 untuk terus mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat