Mampukah BTC Menembusi Paras Harga $70K? Ini Perkara Perlu Diketahui Pasaran!

1,374

Pada hari ini, Bitcoin (BTC) sekali lagi menembusi paras ketinggian terbaru sepanjang masa pada $68,530 sebelum jatuh sedikit ke paras harga baru $67,166.33 ketika penulisan. Tidak hairanlah BTC terus melonjak semenjak ini. Berdasarkan laporan mingguan dalam , Glassnode telah menyatakan bahawa keyakinan pelabur berada di puncak kerana harga dan on chain metric untuk Bitcoin terus meningkat.

Ini secara tidak langsung mendorong kekuatan berterusan dalam penawaran rantaian yang dinamik. Laporan tersebut menyatakan bahawa keyakinan pelabur Bitcoin berada pada paras tertinggi sepanjang masa, di samping pelbagai metrik iaitu bermula dari harga sehinggalah kepada kadar hash BTC.

Peningkatan ini mendorong keseluruhan jumlah permodalan pasaran kripto mencecah nilai $3 trilion. Ini menjadikan permodalan pasaran untuk BTC meningkat mencapai tangga ke-6 carta, sekali gus mengatasi Tesla dan Meta (Facebook).

Pemain pasaran kripto pada ketika ini sedang berharap harga BTC melonjak lebih tinggi justeru ramai lebih memilih mengekalkan pegangan BTC mereka. Menurut glassnode, alamat ‘holder’ tidak banyak berubah. Ramai yang tidak memindahkan BTC mereka.

Laporan Glassnode juga menyatakan bahawa peningkatan pengumpulan dalam kelompok whale juga menjadi faktor penting BTC melonjak ke paras harga ATH. Namun harus dimaklumi, kebiasaannya setelah, BTC capai ATH, pelabur mula mengambil keutungan. Ini tergampar apabila harga BTC mula susut sedikit.

Setakat ini, kadar pengumpulan jangka panjang melebihi 400,000 BTC sebulan selama sekitar 5 bulan hingga akhir September. Laporan itu menjelaskan bahawa corak perbelanjaan semasa kelihatan lebih hampir kepada mengambil keuntungan strategik.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat