Mampukah BTC Meroket Kembali Ke $40K? Ini Perkara Perlu Diketahui Pasaran!

3,192

Pada awal bulan ini pemain pasaran kripto telah berhadapan dengan pembetulan besar-besaran. Namun sejak beberapa hari lalu, pasaran seakan memberi harapan baru terhadap para pelabur apabila harga Bitcoin telah memperoleh semula kedudukannya di atas paras $38,000 pada hari ini.

Semasa penulusan harga BTC didagangkan pada $38,092.14, peningkatan 1% dalam tempoh 24 Jam. Begitu juga dengan Ethereum (ETH) yang mengukuh hampir ke paras dagangan $2600. Pembekal data rantaian, Santiment melaporkan bahawa walaupun terdapat lonjakan balik, pelabur masih berasa ragu-ragu.

Walaupun begitu data lain menunjukkan bahawa apabila harga BTC meningkat, Indeks Ketakutan dan Ketamakan Bitcoin telah berkurangan daripada tahap “ketakutan melampau” kepada “ketakutan”.

 

Dalam masa yang sama, pemain institusi, sebaliknya, terus mendominasi aktiviti dalam rantaian Bitcoin seperti yang dilaporkan oleh Glassnode.Jumlah pemindahan Bitcoin terus dikuasai oleh aliran saiz institusi, dengan lebih daripada 65% daripada semua urus niaga bernilai lebih daripada $1 juta.

Disisi lain, berdasarkan data, Ethereum masih kekal pada tahap yang mampan walaupun berlaku pembentulan harga yang besar. Ethereum berjaya menutup pada harga paras $2,550.Altcoin, Chainlink (LINK) juga didagangkan kukuh 7% dengan naik kepada paras harga $17.35. Bagi Cardano, kelompok whales kebanyakkan menambahkan pegangan Cardano selepas harganya jatuh sebanyak 34% dalam tempoh 10 hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat