Mampukah Dagangan GBP/JPY Melonjak Lagi Untuk Minggu Ini?

0 370

Dagangan Pound Sterling bergerak mendatar sejak semalam setelah pengukuhan ketara harga dipamerkan pada Rabu.

Pengukuhan sebelum ini adalah didorong oleh laporan terbaru tinjauan undian pilihan raya UK yang menunjukkan Parti Konservatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson kembali menjarakkan semula peratusan undian dan memenangi semula keyakinan pelabur.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY pada minggu ini telah mencatatkan kenaikan tertinggi dan merekodkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Mei lalu mencecah paras harga 141.800.

Namun harga kembali bergerak perlahan semalam sementara pelabur terus menantikan perkembangan tinjauan undian yang terbaru.

Sementara itu juga, dagangan Yen turut memberi tekanan pada dagangan GBP/JPY ekoran sentimen berwaspada pasaran setelah China menyatakan akan bertindak balas berhubung undang-undang Amerika Syarikat yang menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong.

Pelabur gusar faktor ancaman sebegitu akan menjejaskan kelancaran rundingan perdagangan yang sebelum ini dilaporkan telah berada pada peringkat akhir.

Namun begitu, harga masih berlegar di atas garisan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat trend harga masih kekal menaik.

Jika harga turun lebih rendah dari paras MA50, harga dijangka lebih cenderung meneruskan penurunan ke paras lebih rendah semula.

Penurunan awal dilihat akan kembali menguji zon RBS (resistance become support) pada sekitar 14.700.

Jika harga berjaya tembusi penurunan lebih rendah dari zon tersebut, penurunan lebih rendah bakal menuju ke paras tumpuan pada 139.700 atau ke zon support 139.400.

Sebaliknya jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga bakal mencatatkan paras ketinggian yang terbaru untuk tempoh 6 bulan dagangan.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.