Mampukah Dagangan Mendatar CAD/JPY Tembusi Resistance 83.800?

517

Matawang safe-haven Yen masih kekal berada dalam kelompok dagangan yang lemah namun sentimen pasaran semasa memainkan peranan dalam mempengaruhi dagangan Yen.

Menurut tinjauan daripada Norinchukin Research Institute, 70% adalah kemungkinan yang dicatatkan untuk Jepun menuju ke arah kegawatan ekonomi.

Menyentuh berkenaan isu cukai jualan, institusi tersebut mengatakan bahawa jika cukai jualan di Jepun ditangguhkan, Bank of Japan (BOJ) akan berdepan tekanan untuk melanjutkan dasar monetari yang longgar selepas ini.

Dan pada pandangan lain, Tokai Tokya research Center mula membuat kenyataan, bank pusat Jepun sudah tiada pilihan yang lain selain mengekalkan intonasi dovish bagi menghalang kenaikan lebih tinggi pada dagangan Yen.

Manakala, dolar Kanada pula kembali mengukuh selepas terkesan oleh laporan data pekerjaan di Kanada yang kurang memberangsangkan.

Pengukuh Loonie adalah berikutan peningkatan pada harga minyak mentah yang melonjak ke paras tertinggi sejak Oktober tahun lalu. Peningkatan tersebut disokong oleh ketegangan yang berlaku di Libya, faktor pengurangan bekalan minyak mentah oleh OPEC dan juga sekatan Amerika Syarikat yang dikenakan ke atas Iran dan Venezuela.

Tambahan lagi, data ekonomi melibatkan pembinaan rumah baru di Kanada turut mencatatkan peningkatan seperti yang dijangkakan oleh pasaran dan memberi isyarat positif yang menyumbang kepada kesihatan ekonomi di Kanada.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang CAD/JPY, harga menunjukkan pergerakan yang mendatar sejak minggu lalu dengan kekuatan pada kedua-dua matawang Loonie dan Yen dilihat didagangkan seimbang.

Dagangan CAD/JPY sejak minggu lalu dilihat menguji paras resistance 83.800 namun harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi dan paras tersebut juga turut diuji pada dagangan sesi Asia hari ini.

Namun, harga kembali turun ke sekitar paras Magic Pivot 83.571 pada indicator Moshed Magic Line hari ini dan pergerakan harga juga dilihat perlahan sehingga ke penghujung sesi Asia.

Jika harga berjaya bergerak lebih tinggi melepasi paras resistance 83.800 sebelum ini, jangkaan kenaikan harga seterusnya bakal menuju ke paras sekitar resistance 84.491 (MagicR3) untuk harga mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, harga dilihat akan turun menguji zon RBS (resistance become support) di paras 83.000 (MagicR3) sebelum meneruskan penurunan lebih rendah jika zon tersebut berjaya ditembusi.

Lihat gambar chart pasangan matawang CAD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras-paras penting yang turut digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras support dan resistance pada chart CAD/JPY anda.

Paras support: 83.349, 83.000, 82.778.

Paras resistance: 83.920, 84.142, 84.491.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat