Mampukah Ekonomi Australia Kembali Kukuh Selepas Penurunan Kadar Faedah Berturut-turut?

424

Bank pusat Australia sedang menumpukan fokus kepada pasaran buruh dan berkata bahawa mereka bersedia untuk mengubah polisi jika diperlukan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan inflasi kembali pada sasaran bank pusat.

Dalam minit mesyuarat yang diterbitkan pada sesi Asia hari ini untuk mesyuarat pada 2 Julai lalu, setelah bank pusat menurunkan kadar faedah untuk dua bulan berturut-turut dan berada pada tahap yang terendah iaitu 1.00%, Reserve Bank of Australia (RBA) menyedari bahawa pertumbuhan gaji masih di tahap yang perlahan. Tindakan pelonggaran polisi akan kembali menyokong pertumbuhan ekonomi.

Gabenor RBA, Philip Lowe adalah yang pertama melaksanakan tindakan penurunan kadar secara berturut-turut pada Jun-Julai dalam tempoh 7 tahun, menandakan ramalan bank bahawa kadar pengangguran akan menurun kepada 4.5% sebelum mencetuskan inflasi yang pantas.

Sementara RBA memberi perhatian untuk merendahkan kadar pengangguran semasa yang berada di paras 5.2%, mereka menyedari bahawa indicator ekonomi memberi isyarat kadar pertumbuhan pekerjaan akan bergerak lebih sederhana untuk beberapa bulan yang akan datang. Setelah Australia menikmati kadar pertambahan pekerjaan yang kukuh untuk 2 tahun ini, ia lebih diserap oleh kadar penyertaan yang tinggi berbanding kadar pengangguran yang rendah.

RBA menyedari kadar pengangguran yang rendah dalam kemajuan ekonomi berada pada tahap yang paling rendah dalam sejarah, namun masih gagal untuk diterjemahkan kepada kenaikan inflasi di Australia.

Bank pusat tersebut turut mengulangi bahawa, ahli mesyuarat akan terus memantau perkembangan pasaran buruh secara lebih mendalam dan akan mengubah dasar monetari jika diperlukan untuk menyokong ksetabilan ekonomi dan mencapai sasaran inflasi.

Pertumbuhan perlahan untuk beberapa suku tahun kebelakangan ini berikutan perbelanjaan isi rumah menurun memberi respon terhadap penurunan harga hartanah.

Masalah akan cuba diatas dan pertumbuhan ekonomi akan kembali diperkukuhkan semula menerusi tindakan penetapan kadar faedah serta pemotongan cukai selain mempertingkatkan infrastruktur dan memperbaharui sumber pelaburan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat