Mampukah EUR/JPY Terus Cemerlang Capai Rekod Tertinggi 2 Tahun?

299

Dek kerana sentimen risk-on yang masih lagi bersambung untuk menyinari pasaran kewangan pada ketika ini telah mengakibatkan matawang safe-haven Yen terus kecundang di sesi dagangan minggu ini.

Matawang Yen terus didorong untuk kembali mencecah paras terendah sejak April 2019 dan secara tidak langsung ia telah memberi kesempatan kepada Euro untuk memperluaskan penguasaannya.

Pada carta harga pasangan matawang EUR/JPY, pergerakan harga terus mempersembahkan aksi bergaya untuk mencapai semula rekod yang dipernah dicatatkan pada penghujung dagangan Jun.

Lonjakan yang dipamerkan pada pembukaan sesi Asia hari ini (Jumaat) dan bersambung ke sesi Eropah telah menyaksikan harga terus memacu tinggi untuk kembali menguji zon rintangan 132.000-132.400.

Setakat 2 minggu dagangan, pergerakan harga telah melonjak melebihi 400 pips dan terus didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk kekal bullish.

Jikalau Yen terus ‘dibantai’ lemah, tidak mustahil harga pada EUR/JPY berupaya menuju ke zon rintangan tertinggi lebih 2 tahun yang dicapai pada awal dagangan Jun sekitar 134.000.

Peningkatan yang lebih tinggi melepasi zon rintangan tersebut bakal memperlihatkan harga kekal tampil dengan aksi yang memberangsangkan dan seterusnya mencatat rekod tertinggi terbaharu untuk tempoh 40 bulan.

Akan tetapi sekiranya pergerakan harga kembali pamer trend penyusutan, penganalisis menjangkakan harga mampu menguji semula zon RBS (resistance become support) 132.000.

Penurunan harga yang lebih rendah bakal kembali menyaksikan pergerakan harga menguji zon RBS seterusnya pada 131.000 dan kemungkinan harga akan memberi isyarat awal perubahan trend.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat