Mampukah EUR/USD Keluar Dari Zon ‘Sideway’ 100 Pips Harga?

194

Sentimen pasaran yang tidak menentu kekal bersambung lagi pada dagangan minggu ini dengan kebimbangan masih terarah kepada risiko inflasi dan kemelesetan ekonomi.

Mata wang US dolar sedikit memaparkan peningkatan pada pembukaan awal sesi Asia pagi ini (Isnin) yang boleh mencetuskan jangkaan untuk sentimen pasaran risk-off, namun masih awal untuk menilai pergerakan pasaran di awal minggu.

Sementara mata wang Euro pula belum dijangka untuk mengukuh sementara pelabur menantikan mesyuarat bank pusat Eropah untuk beberapa minggu lagi.

Namum, ucapan oleh Presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde pada acara forum di Portugal bersama gabenor-gabenor bank pusat lain, akan dipantau dan boleh memberi petunjuk terhadap keputusan dasar monetari.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD masih lagi menyaksikan harga bergerak pada zon ‘sideway’ 100 pips harga dengan paras sokongan 1.05000 dan rintangan pada 1.06000.

Pada dagangan Jumaat lalu, harga menunjukkan kenaikan namun gagal untuk mengatasi terjunan harga pada hari sebelumnya.

Melepasi semula paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada dagangan sesi terakhir minggu lalu memberi isyarat awal untuk pergerakan bullish harga boleh disaksikan pada minggu ini.

Kenaikan harga jika diteruskan pada minggu ini berjaya melepasi rintangan 1.06000, mengatasi ketinggian minggu lalu akan mendorong harga menuju ke paras-paras tumpuan berikutnya seperti 1.07000 atau lebih tinggi pada zon rintangan 1.08000.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan pula, paras sokongan harga pada 1.05000 bakal diuji sebelum harga meneruskan penurunan lebih rendah.

Sasaran untuk penurunan lanjut akan menuju ke zon support utama pada 1.04000 dan harga bakal catat paras terendah 20 tahun sekiranya harga jatuh lebih rendah dari zon tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat