Mampukah EUR/USD Tembus Ke Paras Lebih Tinggi Dari Minggu Lalu?

475

Memulakan dagangan pada awal minggu ini menyaksikan penyusutan US dolar bermulanya pembukaan sesi pasaran Asia.

Sentimen vaksin kekal menjadi tumpuan pelabur pada minggu ini selepas beberapa syarikat pembuat vaksin mendedahkan keputusan positif pada tahap keberkesanan vaksin masing-masing.

Namun, keyakinan pelabur dihadkan dengan penularan pandemik di tahap yang membimbangkan.

Terbaru, pada Jumaat lalu telah dilaporkan jumlah kes kematian akibat Coronavirus mencapai 11,752 menjadi angka korban tertinggi direkodkan sejak pandemik bermula.

Hal ini berkemungkinan akan mendesak lebih banyak langkah sekatan pergerakan dan menjadi petanda yang memperlahankan pemulihan ekonomi global.

Faktor ini juga boleh membuatkan US dolar kembali mengukuh dalam pasaran semula ekoran permintaan yang meningkat terhadap mata wang safe-haven.

Untuk isyarat awal, pelabur akan memberi tumpuan terhadap bacaan data sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah, UK dan AS bagi mendapatkan gambaran kesihatan ekonomi semasa.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang utama EUR/USD, harga dilihat menunjukkan kenaikan pada permulaan di awal minggu. Namun, mampukah harga harga menembusi kenaikan lebih tinggi berbanding dagangan minggu lalu?

Untuk kenaikan yang diteruskan, paras rintangan pada 1.19000 akan kembali diuji selepas beberapa cubaan pada minggu lalu gagal melepasinya.

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan melepasi zon resistance tersebut, paras 1.20000 akan menjadi sasaran destinasi pada kenaikan lebih tinggi.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula pada minggu ini, paras sokongan harga terlihat sekitar 1.18000 pada zon RBS (resistance become support).

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat