Mampukah GBP/JPY Kekalkan Lonjakan Selepas Mesyuarat BOE?

275

Mata wang Pound dilihat berjaya membuat lonjakan harga berbanding Yen pada dagangan yang semakin menuju ke penghujung minggu selepas mengakhiri corak penurunan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY pada minggu sebelumnya.

Tumpuan pelabur sekarang bakal terarah pada keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada sesi Eropah dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas untuk kenaikan paling tinggi sejak 1995 dan kenaikan tersebut bakal memberikan tindak balas terhadap pergerakan Pound.

Sementara mata wang Yen pula dilihat bergerak suram dengan sentimen pasaran yang tidak menentu. 

Perhatikan pergerakan harga pada carta GBP/JPY, harga pada sesi dagangan Asia semalam (Rabu) dilihat bergerak mendatar diatas paras zon 162.000 sebelum harga membuat lonjakan sekitar 100 pips ke paras 163.00.

Pembukaan dagangan awal Ogos menyaksikan harga pada mulanya menunjukkan penyusutan sekitar 200 pips ke paras 159.500 mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Tetapi selepas penyusutan harga yang ketara berlaku, harga membuat lonjakan semula ke zon 162.00 dan turut berjaya menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY pada Selasa lalu untuk isyarat perubahan trend bullish.

Dengan paras MA50 menjadi sokongan, harga menyambung kenaikan pada Rabu semalam namun pada momentum yang perlahan berbanding lonjakan yang dipaparkan pada hari sebelumnya.

Bersambung pada sesi dagangan hari ini, harga bergerak mendatar seketika di sesi Asia sebelum menyambung kenaikan pada sesi Eropah sementara pelabur semakin berwaspada menantikan mesyuarat polisi BOE yang semakin hampir.

Sekiranya harga berjaya meneruskan lonjakan lebih tinggi, paras halangan pada 164.500 dilihat menjadi tumpuan untuk diuji untuk menyambung pergerakan pada corak bullish ketika ini.

Kenaikan seterusnya bakal menguji pula paras rintangan pada 166.200 bagi mencatatkan ketinggian terbaru 1 minggu.

Sebaliknya jika harga menjunam semula berkemungkinan dipengaruhi keputusan mesyuarat BOE, harga bakal melepasi semula paras 162.000 dan isyarat perubahan trend bearish akan dinilai semula untuk penurunan di bawah paras sokongan MA50.

Penurunan seterusnya akan menuju ke paras 160.500 sebelum harga cuba untuk mengatasi paras terendah yang dicecah pada Selasa lalu pada 159.500.

Lihat pada gambar carta pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat