Mampukah GBP/JPY Kekalkan Pengukuhan Susulan Amaran Barnier?

300

Matawang safe-haven Yen Jepun dan Swiss franc menunjukkan pengukuhan pada sesi pasaran Asia Rabu berikutan terdapat risiko pada perkembangan terbaru rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Memetik kenyataan oleh bekas Timbalan Menteri Perdagangan China, Wei Jianguo, Beijing tidak akan bersetuju untuk menandatangani perjanjian perdagangan jika Amerika Syarikat tidak memenuhi kehendak pembatalan tarif yang dikenakan.

Berikut telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur dalam pasaran dan kembali berwaspada dengan kemungkinan pergolakan rundingan bakal kembali.

Dengan itu dapat dilihat Yen mengukuh pada sesi Asia hari ini memberi tekanan terhadap matawang-matawang utama yang lain.

Turut membuat penurunan harga adalah pada carta harga pasangan matawang GBP/JPY.

Matawang Pound Sterling didagangkan stabil pada awal minggu dengan perkembangan semasa bagi tinjauan undian pilihan raya masih kekal didahului oleh parti konservatif kerajaan Perdana Menteri UK Boris Johnson.

Namun, pelabur turut berhati-hati apabila kenyataan oleh Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier seakan memberi amaran yang baru.

Beliau berpendapat rundingan bersama UK pada masa hadapan akan menjadi lebih rumit dengan penambahan permintaan dari pihak UK. Tegas beliau, sebarang permintaan yang tidak adil tidak akan diterima demi menjaga kepentingan EU.

Secara teknikal, harga pada carta GBP/JPY menunjukkan pergerakan menaik semalam bergerak lebih tinggi dari garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) sehingga mencecah paras ketinggian pada 140.700 yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Namun harga kembali membuat penurunan dari paras ketinggian tersebut pada sesi Asia pagi ini berikutan sentimen berisiko pasaran kembali memberi kelebihan terhadap dagangan Yen.

Jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah melepasi MA50 dan paras terendah mingguan, penurunan harga mampu mencecah sehingga ke paras sekitar support pada 139.200.

Namun, jika penurunan harga sekadar pembetulan harga (correction), harga bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi zon SBR 140.700.

Kenaikan lebih tinggi dijangka menuju paras resistance pada ketinggian 141.300 mencatatkan paras tertinggi dua minggu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat