Mampukah GBP/USD Kekalkan Corak Kenaikan Harga Minggu Lalu?

382

Pelabur bakal lebih berwaspada menjelang pembukaan sesi dagangan Eropah pada hari ini berikutan terdapat laporan kurang menyenangkan berhubung rundingan antara United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU).

Tuntutan oleh EU supaya UK mematuhi peraturan berkenaan hak pekerja dan cukai selepas Brexit telah ditolak oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson dengan menyatakan bahawa perkara tersebut tidak masuk akal.

Berdasarkan draf yang dikemukakan, EU menyatakan bahawa perkara tersebut adalah bertujuan untuk mengelakkan ketidakseimbangan dalam perdagangan dan kelebihan persaingan yang tidak adil.

Isu ini dilihat bakal memberi tekanan semula ke atas dagangan Pound Sterling yang telah mencatatkan pengukuhan minggu lalu susulan peletakan jawatan Sajid Javid sebagai Menteri Kewangan UK sebelum ini.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga yang mencecah penurunan ke paras support 1.28700 pada awal minggu lalu kemudiannya telah mencatatkan kenaikan ketara di penghujung minggu susulan rombakan kabinet di UK.

Harga telah membuat kenaikan ke zon SBR (support become resistance) sekitar 1.30700 dengan kenaikan mingguan mencapai 200 pips.

Pada Jumaat, harga menunjukkan penurunan ke zon RBS (resistance become support) sekitar 1.30000 menguji paras sokonga dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga sebelum menutup dagangan minggu lalu di paras lebih tinggi.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga bergerak mendatar sepanjang sesi Asia menantikan pembukaan sesi pasaran Eropah bermula.

Jika harga meneruskan kenaikan melepasi zon SBR 1.30700, destinasi kenaikan harga seterusnya dilihat akan menuju ke paras 1.31500.

Keaikan lebih tinggi akan menguji zon resistance pada ketinggian 1.32000 yang dicapai pada penghujung dagangan Januari lalu.

Namun jika harga kembali membuat penurunan melepasi paras sokongan MA50, penurunan harga berkemungkinan melepasi zon RBS 1.30000 sebelum turun ke paras sekitar 1.29500 yang turut menjadi zon tumpuan harga.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah semula zon support minggu lalu iaitu pada paras 1.28700.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat