Mampukah GBP/USD Melonjak Kembali Setelah Penurunan 100 Pips Pada Jumaat Lalu?

301

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD pada Jumaat antara yang mencuri perhatian pelabur dengan penurunan ketara harga mengakhiri dagangan minggu lalu.

Walaupun tinjauan undian pilihan raya UK kekal didahului oleh Parti Konservatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson, pelabur tetap berwaspada untuk sebarang risiko.

Pelabur akan terus memberi tumpuan pada perkembangan terbaru menjelang pilihan raya Disember nanti.

Dengan manifesto yang meyakinkan oleh PM Johnson, dagangan Pound Sterling dijangka akan kembali mengukuh selepas data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang merosot telah memberi tekanan pada penghujung dagangan minggu lalu.

Melihatkan pergerakan harga pada carta GBP/USD untuk minggu lalu, harga telah menguji zon resistance 1.29700 sejak awal minggu namun gagal melepasi paras lebih tinggi.

Penurunan ketara harga dipamerkan pada Jumaat selepas harga yang menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) tidak berjaya meneruskan kenaikan sebelum menyambung penurunan lebih rendah melepasi zon RBS (resistance become support) 1.28900.

Penurunan terbesar harian tersebut mencecah 100 pips hampir menyentuh paras 1.28200 yang turut merupakan zon RBS yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Menyambung dagangan pada minggu ini, harga bergerak sedikit tinggi dari paras RBS 1.28200 namun pergerakan harga masih kekal perlahan menantikan pembukaan pasaran sesi Eropah.

Kenaikan harga dijangka akan menguji semula zon tumpuan pada paras 1.28900 dan juga garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sebelum harga kembali menyambung semula penurunan minggu lalu.

Penurunan harga dijangka akan melepasi paras RBS 1.28200 dan menuju zon support pada paras 1.27700.

Namun jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga bakal kembali menuju semula ke paras resistance pada ketinggian 1.29700 yang diuji minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat