Mampukah Pound Melonjak Tinggi Selepas Data Ini?

379

Jualan runcit UK meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada bulan Jun dipacu oleh cuaca panas yang mendorong pengguna meningkatkan perbelanjaan mereka.

Terbaharu, Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) melaporkan jumlah jualan runcit meningkat 0.7% pada bulan Jun daripada 0.1% yang disemak semula pada Mei, dan meleset daripada jangkaan untuk naik 0.2%.

Sementara pada asas tahunan pula, jualan runcit menguncup sebanyak 1.0% berbanding jangkaan untuk jatuh 1.5%.

Ekoran daripada itu, dapat dilihat bahawa perbelanjaan pengguna UK kekal berdaya tahan pada bulan Jun walaupun dibebani oleh inflasi dan kadar faedah yang lebih tinggi oleh Bank of England (BOE).

Peningkatan permintaan runcit telah mengimbangi keyakinan terhadap penurunan inflasi pada Jun kerana perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi boleh mendorong firma menaikkan semula harga barangan dan perkhidmatan.

Susulan daripada itu, pelabur mengembalikan jangkaan untuk BOE melaksanakan kenaikan 50 mata asas pada mesyuarat dasar pada 3 Ogos.

Namun, data inflasi yang semakin mereda menyebabkan pelabur kekal berbelah bahagi sama ada bank pusat akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata atau 50 mata asas.

Mata wang pound melonjak seketika pada paras 1.2900 berbanding US dolar sebagai reaksi awal kepada terbitan data tersebut.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat