Mampukah USD/JPY Teruskan Kenaikan Ke Paras Ketinggian Terbaru Mingguan?

745

Yen kembali bergerak lemah berbanding US dolar pada sesi Asia pagi ini selepas mengukuh pada dagangan sesi sebelumnya.

Matawang safe-haven Yen masih lagi terkesan oleh risiko kemelesetan ekonomi di Jepun selepas penguncupan yang dicatatkan pada pertumbuhan GDP pada suku tahun pertama 2020.

Pelabur akan menantikan kenyataan oleh bank pusat Jepun untuk dasar terbaru pada mesyuarat polisi pada esok hari dengan kadar faedah masih dijangka dikekalkan rendah di paras -0.10%.

Sementara US dolar bakal dipacu oleh data ekonomi Amerika Syarikat pada sesi New York malam ini iaitu data tuntutan pengangguran serta data PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk bulan Mei.

Turut memberi tekanan adalah ketegangan antara Amerika Syarikat dan China yang bakal mempengaruhi perubahan sentimen dalam pasaran serta matawang safe-haven.

Bagi carta harga pasangan matawang USD/JPY, harga pamerkan corak penurunan harga semalam selepas menguji zon resistance di bawah paras 108.00.

Penurunan harga dilihat melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/JPY.

Namun harga yang menguji zon RBS (resistance become support) dengan paras terendah hampir mencecah 107.300 kemudiannya kembali membuat kenaikan semula sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini.

Kenaikan harga perlahan namun mula melepasi sokongan MA50 pada dagangan yang bersambung pada sesi Eropah. Harga dilihat menuju zon resistance pada 108.000 semula.

Jika harga berjaya menembusi paras ketinggian tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu berkemungkinan menuju paras sekitar 108.500.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, zon RBS 107.300 akan diuji sebelum harga tembus ke paras lebih rendah.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju zon RBS pada 107.000 yang diuji beberapa kali pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat