MANA – Platform Realiti Maya Yang Unik

279

Decentraland dikuasakan oleh ‘blockchain’ Ethereum (ETH) yang merupakan platform permainan dunia realiti maya desentralisasi yang diasaskan oleh Ariel Meilich dan Esteban Ordano yang mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia ‘cryptocurrency’.

Di Decentraland, pengguna boleh memiliki ‘tanah’ mereka sendiri dalam dunia maya. Mereka boleh mencipta, mengalami dan mengawal kandungan dan aplikasi mereka. Ruang platformnya yang dikenali sebagai LAND boleh dibeli dengan menggunakan MANA (token ERC20).

Dengan cara itu juga pemilik bakal memiliki ‘tanah’ tersebut dan berhak dalam mengawal persekitarannya termasuk membangunkan aplikasi tersendiri.

Menarik untuk dilihat pada carta MANA/USDT, pergerakan harga pernah menyaksikan lonjakan sehingga 2,000% pada tahun ini daripada paras harga hanya $0.07 sehinggalah mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $1.67.

Namun lonjakan itu telah kembali suram apabila pasaran NFT berhadapan dengan pembetulan harga yang membuktikan ia sedang ‘bubble’. Tidak dengan itu sahaja, penurunan yang berlaku juga didorong daripada harga pasaran kripto yang menurun.

Pada penghujung pasaran Mei, pergerakan harga MANA sedikit positif apabila telah membuat lonjakan untuk menguji paras SBR (support become resistance) sekitar harga $1.0 sebelum kembali menyusut.

Pergerakan harga MANA bergerak perlahan pada permulaan pasaran Jun untuk harga diperdagangkan di sekitar paras $0.70 yang masih menantikan sentimen bagi menggerakkan harga.

Jika penyusutan terus berlaku, berkemungkinan paras sokongan $0.55 akan kekal menjadi paras tumpuan yang akan diuji untuk menyokong semula harga membuat kenaikan.

Sebaliknya jika harga terus membuat penurunan lebih rendah, harga dijangka bakal menuju ke paras harga $0.30 dan mungkin boleh mencecah ke paras yang lebih rendah.

Namun jika pergerakan harga kembali membuat kenaikan, paras SBR $0.75 bakal diuji terlebih dahulu sebelum pergerakan harga kembali menuju ke paras $1.0.

Sekiranya pasaran NFT terus memperoleh dominasi ketika platform Non-Fungible Token (NFT) yang bakal dilancarkan secara rasmi di Binance pada 24 Jun ini, tidak mustahil untuk MANA juga membuat lonjakan yang lebih tinggi.

Untuk lonjakan harga yang lebih tinggi, berkemungkinan harga akan kembali menguji paras rintangan $1.20 sebelum menguji paras ATH $1.67 dan seterusnya mungkin bakal membuat paras ATH yang terbaru.

Setakat jam 11.00 pagi waktu tempatan, harga MANA sedikit menyusut sekitar 1.35% untuk harga diperdagangkan di bawah paras harga $0.70.

Lihat gambar carta matawang kripto MANA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat