Mangsa Depression Dan Hampir Bunuh Diri Kini Jadi Forex Trader Berjaya!

1,170

Karen Foo yang berasal dari Singapura menjalani zaman kanak-kanak yang berbeza daripada orang lain. Beliau merupakan mangsa buli dalam tempoh lebih daripada 10 tahun. Hal ini demikian kerana beliau adalah seorang pelajar yang sangat pemalu dan pendiam.

Gara-gara tekanan yang dihadapi, beliau tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya di dalam kelas hingga mengakibatkan akademiknya terjejas. Namun begitu, kisah tragis dalam kehidupannya tidak terhenti di situ.

Ketika Foo berusia 20 tahun, beliau telah kehilangan tempat tinggal. Setahun kemudian, kedua-dua ibu bapanya berpisah. Oleh yang demikian, Foo hilang tempat bergantung dan terpaksa menjadi mangsa keretakan rumahtangga ibu bapanya selama 4 tahun.

Sehubungan dengan itu, Foo mengalami depression dan hampir membunuh diri! Hakikatnya, peristiwa berkenaan langsung tidak mematahkan semangatnya, bahkan beliau bangkit dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Berbekalkan semangat dan tak kenal erti putus asa, beliau berjaya menerima segulung ijazah dalam bidang kewangan di salah sebuah universiti terkemuka Singapura, Nanyang Technological University. Di samping itu, beliau telah meluangkan masa bertahun-tahun untuk belajar dan memahami tentang pasaran kewangan secara mendalam.

Apa yang dilakukan oleh Foo benar-benar berhasil! Kini, nama Karen Foo tidak asing lagi dalam dunia forex trading. Selain itu, beliau telah menduduki tempat pertama dalam sebuah pertandingan forex trading di seluruh Singapura yang disertai lebih daripada 200 forex trader.

Di samping itu, Foo berjaya mendapat tempat ke-10 dalam pertandingan anjuran FX Street dan bersaing dengan lebih 3000 peserta dari lebih 20 buah negara.

Bukan itu sahaja! Karen Foo juga bergiat aktif sebagai pakar motivasi dan penulis buku. Antara buku yang ditulis ialah ‘Turning Ideas Into Profit’ dan ‘Your Cash Moves’. Hebat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat