Mantap! AmBank Dan Maxis Bergabung Untuk PKS!

669

AmBank telah bekerjasama dengan Maxis untuk memperkenalkan mTAP, penyelesaian pembayaran tanpa sentuh yang selamat untuk kegunaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Untuk pengetahuan semua, mTAP menggunakan peranti mudah alih sebagai terminal penerimaan pembayaran untuk memproses transaksi kad debit dan kad kredit melalui Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, ianya adalah pilihan yang efektif dan menjimatkan kos untuk membolehkan lebih banyak PKS menerima pembayaran kad.

Hal ini demikian kerana pasaran pengguna kini dikuasai oleh Millennials dan Gen-Y yang mengharapkan perkhidmatan kewangan pintar, lebih cepat dan lebih mudah diakses.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, penyedia perkhidmatan komunikasi telah memberi kuasa kepada PKS untuk menyesuaikan diri dengan landskap digital yang berkembang pesat dengan memasukkan penyelesaian digital yang penting dan hubungan yang dapat dipercayai untuk operasi mereka.

Dengan kerjasama tersebut, mereka berharap agar ianya tidak hanya meningkatkan penggunaan digital di segmen penting ini, tetapi untuk memperkuatkan kedudukan para peniaga dalam ekosistem digital.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paynet, Peter Schiesser mendedahkan bahawa inisiatif itu akan menyumbang kepada 2 daripada 15 program berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh pemerintah, iaitu Penerapan Pembayaran Tanpa Tunai dan Digitisasi UKM.

Selain itu, platform pembayaran berasaskan mudah alih berkenaan boleh dimuat turun dan digunakan di seluruh negara pada telefon bimbit yang dilengkapi Android NFC mulai Oktober 2020 melalui Google Play Store.

Pembayaran tersebut adalah ‘contactless’ dan tidak perlu memasukkan PIN jika nilai transaksi adalah RM250 ke bawah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat