Mantap! Samaiden Dapat Kontrak EPCC Bernilai RM98.15 Juta

224

Kuasa suria…dalam tangan!

Samaiden Group Bhd berjaya peroleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM98.15 juta untuk membangunkan sistem fotovoltaik suria atas bumbung 39MWp di 6 tapak yang dikenalpasti di Johor.

Dalam pemfailan Bursa pada Khamis, firma tersebut telah menyatakan unit Samaiden Sdn Bhd telah menerima surat anugerah kontrak daripada Ramatex Textiles Industrial Sdn Bhd.

Ramatex mengeluarkan dan mengedar pelbagai jenis pakaian untuk pasaran tempatan serta luar negara.

Samaiden menyatakan kerja-kerja tersebut akan mulakan tentatif projeknya menjelang suku ketiga 2022.

Ia berkata projek itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depannya sepanjang tempoh projek tersebut.

Samaiden didagangkan pada RM1.15 dengan 294,200 saham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat