Mantera OPEC Terus Kedengaran, Harga Minyak Melambung Lagi!

153

Harga minyak mencatat keuntungan lebih 4% pada awal minggu selepas ia terus memanfaatkan faktor mengenai pengurangan pengeluaran yang turut dibantu oleh konflik di Libya.

Minggu lalu, pengeluar utama dalam Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Arab Saudi telah mencetuskan kemungkinan untuk mengurangkan pengeluaran bagi mengekang ketidaktentuan dalam pasaran.

OPEC dan sekutunya, termasuk Rusia yang dipanggil OPEC+ akan bertemu untuk menetapkan dasar pengeluaran pada 5 September.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat lebih tinggi pada Selasa dengan diniagakan pada $104 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $96 setong.

Sementara itu, pergolakan di ibu negara Libya pada hujung minggu telah menimbulkan kebimbangan bahawa negara itu akan terus terjerumus ke dalam konflik besar-besaran dan menganggu bekalan minyak dari anggota OPEC itu.

Dalam pada itu, pelabur kini menantikan terbitan laporan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat dari Institut Petroleum Amerika (API) yang dijangka akan menunjukkan kejatuhan sebanyak 600,000 tong pada minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat