Mario Draghi ‘Sah’ Ikut Bergabung Membentuk Kerajaan Teknokrat!

481

Maria Draghi merupakan nama yang ‘gah’ terutamanya di Eropah. Beliau terkenal kerana telah menyelamatkan Eropah dari terpalit dalam krisis hutang negara. Setelah bebapa waktu bersara dalam arena kewangan, Draghi kini kembali untuk bantu negara beliau.

Bekas presiden Bank Pusat Eropah itu telah menemui presiden Itali, Sergio Mattarella setelah dipelawa untuk bergabung dalam membentuk kerajaan yang bersifat teknokrat dan menyelesaikan krisis politik yang sedang berlaku.

Kekacauan politik Itali baru-baru ini bermula apabila sebuah parti kecil menarik sokongan terhadap kerajaan gabungan. Ini bermaksud bahawa kabinet pro-EU kehilangan majoriti sokongan yang di perlukan di parlimen Itali. Ditambah pula negara tersebut turut berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi yang parah.

Dalam sidang media terbaru, Draghi telah menerima tugas yang diberikan kepada beliau dan tekad untuk baiki keadaan negara Itali. Draghi pernah berkhidmat sebagai presiden ECB selama lapan tahun dan memiliki pengalaman menerajui ECB dalam fasa paling kritikal iaitu semasa krisis hutang Eropah yang hampir membuatkan negara-negara Eropah berpecah.

Dengan kehadiran Draghi, pasaran telah menyambut baik berita itu. Dimana hasil bon Itali turun sehingga mengurangkan kos pinjaman untuk kerajaan Itali dan menunjukkan tanda-tanda bahawa pelabur lebih yakin dengan keadaan di Itali.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat