Mark Zuckerberg Hasut Trump Sekat TikTok?

354

Menurut sebuah laporan, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg telah mengemukakan amaran kepada Presiden Donald Trump pada majlis makan malam di White House pada Oktober lalu bahawa firma teknologi China menimbulkan ancaman langsung terhadap perniagaan Amerika Syarikat.

Ketika berada di majlis berkenaan, Zuckerberg telah memberi amaran kepada para pegawai dan penggubal undang-undang Amerika Syarikat bahawa syarikat teknologi China telah mencetuskan risiko terhadap nilai Amerika dan dominasi teknologi negara itu. Di samping itu, ahli teknologi juga memiliki pendapat yang sama serta menunjukkan bahawa TikTok, yang dimiliki oleh ByteDance yang beribu pejabat di Beijing, tidak berkongsi komitmen yang sama dengan Facebook terhadap kebebasan bersuara.

Sementara itu, anggota parlimen Amerika Syarikat iaitu,Tom Cotton dan Chuck Schumer yang menemui Zuckerberg pada bulan September telah menggeasa agar siasatan dijalankan terhadap TikTok pada bulan Oktober. Tambahan daripada itu, kajian keselamatan negara juga dilancarkan tidak lama kemudian dan Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menyekat aplikasi ini bulan ini dengan alasan bimbang terhadap keselamatan negara. Sehubungan dengan itu, TikTok mendedahkan bahawa pihaknya telah melancarkan rayuan terhadap undang-undang penyekatan aplikasi berkenaan.

Di samping itu, TikTok didakwa sebagai pesaing utama untuk perniagaan Facebook. Aplikasi perkongsian video sosial, yang telah popular dalam beberapa bulan kebelakangan ini, turut bersaing dengan Instagram. Berdasarkan jumlah penonton TikTok, terdapat kemungkinan bahawa syarikat lebih suka membayar ruang iklan di TikTok daripada di Instagram atau Facebook.

Pada hari ini, jurucakap Mark Zuckerberg mendedahkan bahawa ahli perniagaan terkemuka dunia itu tidak terlibat dalam penyekatan TikTok. Sebaliknya, beliau bersifat terbuka dan menerima hakikat bahawa pesaing terbesar syarikat teknologi Amerika Syarikat adalah syarikat China.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat