Mark Zuckerberg Kehilangan $3.7 Billion Hanya Dalam Tempoh 2 Jam!

53

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg kehilangan hampir $3.7 billion daripada jumlah assetnya hanya dalam tempoh 2 jam selepas pasaran ditutup hari Rabu. Hal ini berikutan saham syarikat itu menjunam walaupun keputusan suku ketiga dicatat menguat berikutan jangkaan keuntungan masa hadapan dijangka berkurang.

Sumber : Bloomberg
Sumber : Bloomberg

Jumlah kekayaan Zuckerberg jatuh kepada $50.6 billion menurut anggaran Forbes. Pun begitu, beliau masih kekal sebagai orang kelima terkaya didunia di belakang Warren Buffet, dan mendahului jutawan Mexico, Carlos Slim Helu yang menduduki tangga ke 6.

Namun begitu, pelabur dilihat tidak begitu terkejut kerana Facebook telah bertahan dengan keuntungan yang tinggi untuk jangka masa yang agak lama iaitu enam suku berturut-turut. Syarikat itu juga turut memaklumkan perbelanjaan mereka bakal bertambah untuk tahun 2017 kerana Facebook ingin membuat penambahbaikan untuk sistem rangkaian mereka, yang memerlukan kos yang tinggi. Pelabur juga sedia maklum bahawa keuntungan tahun hadapan bakal berkurang dari tahun ini.

Apa Jangkaan Anda Terhadap Pergerakan Matawang Gergasi Malam Ini? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat