Masa Depan Ekonomi Britain Bergantung Kepada Rundingan Brexit!

49

Penggubal dasar Bank of England, Kristin Forbes berpandangan bahawa ekonomi Britain dilihat berkembang lebih cepat daripada jangkaan bank pusat bulan lalu. Momentum ini berpotensi untuk menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik bagi tahun 2017.

Forbes pada Khamis berkata, BoE perlu menyemak semula jangkaan pertumbuhan jangka panjang pada bulan November.

Momentum dilihat lebih baik pada separuh kedua tahun ini. Menurut beliau lagi, tahun depan dijangka akan bermula dengan lebih kukuh.

Walau bagaimanapun, beliau menggesa supaya semua pihak berhati-hati dalam meletakkan ramalan.

Hal ini kerana, kesemua jangkaan bergantung kepada reaksi ekonomi terhadap rundingan Brexit.

Tambah beliau lagi, pemotongan kadar untuk jangka masa akan datang tidak akan membantu ekonomi Britain.

 

Malaysia Akan Terkena Tempias Daripada Masalah Ini Jika Tiada Persetujuan Daripada OPEC 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat