Masa Semakin Suntuk, AS Masih Berpecah Dalam Isu Siling Hutang!

464

Tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh untuk Amerika Syarikat selesaikan isu siling hutang akan berakhir, perbincangan antara Presiden Joe Biden dan parti Republikan kembali menemui jalan buntu.

Ini susulan tuntutan baharu yang dibuat oleh Republikan untuk pemotongan perbelanjaan dalam bantuan sosial dan penjagaan kesihatan oleh kerajaan.

Jurucakap White House, Andrew Bates menuduh Republikan berusaha untuk mencetuskan kemelesetan di ekonomi gergasi di dunia itu dalam satu tweetnya.

Sementara Setiausaha akhbar White House, Karine Jean-Pierre pula berkata permintaan Republikan meletakkan mereka selangkah besar ke belakang dan mengandungi tuntutan partisan yang melampau.

Bertindak balas kepada kenyataan itu, Speaker Republikan Dewan Rakyat Kevin McCarthy mengatakan White House yang ‘bergerak ke belakang’.

Ekoran daripada pertelagahan tersebut, perbincangan antara kedua-dua pihak terhenti sebelum disambung semula oleh Presiden Biden melalui panggilan telefon dengan McCarthy.

Untuk pengetahuan, Presiden Biden terbang ke Jepun untuk persidangan kumpulan G7 pada hujung minggu dan rundingan mengenai siling hutang disambung oleh wakil kedua-dua pihak.

Meskipun begitu, Biden menegaskan beliau tidak akan bersetuju dengan perjanjian yang melindungi subsidi ‘Big Oil’ dan ‘penipu cukai kaya’ sambil merisikokan penjagaan kesihatan serta bantuan makanan berjuta-juta rakyat AS.

Rundingan antara Biden dan McCarthy dilaporkan akan bersambung semula pada hari Isnin secara bersemuka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat