Masa Semakin Suntuk: Perunding EU ‘Letih’ Dengan Kerenah Boris Johnson!

464

Perunding Kesatuan Eropah dan Britain berada dalam usaha terakhir pada hari Isnin untuk merapakatkan jurang perbezaan yang menjadi penghalang kepada pementeraian perjanjian perdagangan pasca Brexit. Kedua-dua pihak memiliki 48 jam untuk menuntaskan segalanya bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu.

Menurut diplomat EU, rundingan EU-UK telah memasuki fasa terakhir dan waktu rundingan hampir habis. Sekarang tergantung kepada pihak UK untuk memilih melakukan kesepakatan atau tidak.

Berikutan kebimbangan terhadap perjanjian perdagangan Brexit tanpa perjanjian setelah 31 Disember telah mendorong Perdana Menteri, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen meninjau kembali keadaan terkini.

Perdana Menteri Irish, Micheal Martin berpendapat Ireland akan menjadi negara yang paling terkesan jika tidak ada perjanjian perdagangan. Ketua perunding EU, Michel Barnier, memberitahu parlimen Eropah dalam taklimat berasingan bahawa rundingan perdagangan dapat berlangsung sehingga hari Rabu.

Di London, parti konservatif mengeluarkan pandangan bahawa Perancis harus membuat konsesi memancing dan EU harus melupakan tuntutan baru mereka.

Kegagalan untuk mencapai kesepakatan akan menggangu rantaian bekalan, memberi impak terhadap pasaran kewangan dan ekonomi dengan penularan pandemik Covid-19 yang semakin tinggi.

Matawang sterling turun lebih dari 1% ke paras terendah enam minggu berbanding euro dan US dolar pada hari Isnin.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat