Masalah Bekalan Cip? Amazon Cipta Cip Sendiri Jauh Lebih Berkuasa

179

‘Susah apa buat sendiri je, patutlah Jeff Bezos dikatakan usahawan berjaya.’

Enggan tunggu lama isu bekalan cip yang tidak berkesudahan selesai, Amazon.com ambil pendekatan sendiri dengan menggunakan pemprosesan ciptaan syarikat.

Pemerolehan syarikat pembuat cip Annapura Labs pada 2015 tampak membuahkan hasil dengan pelancaran cip berkuasa tinggi baharu, Graviton pada perkhidmatan pengkomputeran awan Amazon Web Services (AWS).

Ulas naib presiden pasukan kejuruteraan Amazon, Peter DeSantis, Graviton direka untuk pengkomputeran berkuasa tinggi bagi menyokong tugas seperti ramalan cuaca dan penjujukan genetik.

Ia juga direka khusus untuk AWS yang memerlukan perkakasan berkuasa tinggi untuk penjanaan dan mengisi pusat data yang besar milik syarikat.

Amazon dalam kenyataannya mengatakan cip ciptaan sendiri itu harapnya dapat memberi pelanggan kuasa pengkomputeran lebih jimat kos daripada menyewa pemprosesan yang dibina syarikat lain seperti Intel, Nvidia atau AMD.

Pelancaran tersebut juga menambah Amazon sebagai pesaing kepada syarikat-syarikat cip lain dengan DeSantis mengatakan AWS bercadang untuk tawarkan cip berkuasa tinggi itu untuk kegunaan syarikat lain.

Sebelum ini, kebanyakan komponen semikonduktor yang disediakan oleh Intel, Nvidia atau AMD dengan Amazon yang menawarkan perkhidmatan teknologi merupakan salah satu pelanggan mereka.

Namun dengan pelancaran cip Graviton, memiliki kemampuan 2 kali ganda untuk menguasai komputer berkuasa tinggi, bakal mengubah paradigma industri teknologi apabila berlaku isu rantaian bekalan China dan sekatan import oleh Presiden Joe Biden.

Setakat penulisan ini saham Amazon diniagakan rendah 1.63% pada $92.42.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat