Masalah Kekurangan Komponen Semakin Reda, iPhone Intai Peluang

207

Macam ada tanda-tanda iPhone 14 dan 15 keluar lebih cepat tahun depan.

Masalah kekurangan komponen global yang telah menjejaskan pengeluaran barangan eletronik telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, sekaligus menceriakan pengeluar di seluruh industri.

Menurut James Wu, jurucakap Hon Hai Precision Industry Co, beliau menyatakan menjelang suku ke-2 nanti akan terdapat penambahan komponen berbanding suku pertama kini.

Umumnya, masalah kekurangan komponen terutamanya cip komputer, telah menjejaskan sektor pegeluaran telefon pintar sehingga ke pengeluaran kereta.

Hujar Wu, syarikatnya telah membeli lebih kurang US$55 bilion atau RM230.17 bilion cip setahun namun terpaksa meminimumkan pengeluaran ekoran masalah rantaian bekalan, selain menjangkakan pendapatan suku pertamanya pasti menerima kesan yang teruk.

Permintaan yang meningkat semasa pandemik Covid-19 melanda dunia dan masalah semikonduktor telah memaksa Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC), syarikat pembekal cip dan Ford Motor Co serta Toyota Motor Corp mengurangkan pengeluaran produk mereka.

Buat masa ini, ketua pegawai eksekutif TSMC, CC Wei, menjangkakan para pengilang seluruh dunia sedang berlumba-lumba untuk membina inventori kerana khuatir wabak Omicron akan menjejaskan rantaian bekalan lagi.

Sebagai makluman, Hon Hai bukan sahaja rakan kongsi pembuatan utama Apple Inc malah turut membuat alat bagi jenama global seperti Dell Technologies Inc, Sony Group Corp dan Nintendo Co.

Selain itu, syarikat tersebut dilihat ingin menceburi sektor kenderaan eletrik (EV) dengan memperolehi persetujuan bersama Lordstown Motors Corp, syarikat pembuatan pickup di Ohio dan dijangka akan mengeluarkan EV mereka menjelang suku ke-3 tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat