Masalah Teknikal Cloudflare Jadi Punca. Sejumlah Besar Laman Web Kripto Terjejas!

330

Cloudflare pada hari Selasa telah berhadapan dengan masalah teknikal sebelah petang tadi yang akhirnya menyebabkan ralat pada banyak laman web. Namun begitu isu ini berjaya dikenalpasti oleh pasukan Cloudfare dan membolehkan mereka untuk mengambil langkah proaktif untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas.

Perkhidmatan yang terjejas termasuk laman web kripto, platform membeli belah, platform sosial dan permainan popular. Beberapa laman web kripto yang terkesan adalah FTX, KuCoin, Coinbase, Amazon, Minecraft, Steam, Discord, Telegram, GitLab dan lain-lain lagi.

Pasukan Cloudflare setakat ini sedang menyiasat insiden P0 yang berlaku pada jam sekitar 2.34 petang tadi yang menyebabkan hampir kebanyakkan laman web internet mengalami ralat atau ‘server time out’. Menurut Cloudfare, ” Insiden tersebut telah memberi kesan kepada semua perkhidmatan yang berada dalam rangkaian Cloudfare. Pihak kami akan terus memberi notis bagi sebarang makluman lanjut”.

Selepas 30 minit insiden tersebut, pihak Cloudfare telah memaklumkan bahawa mereka telah mengenal pasti isu tersebut dan melaksanakan pembetulan untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas.

John Graham-Cumming, CTO Cloudflare, berkata gangguan itu tidak berlaku di seluruh dunia namun banyak tempat telah terjejas. Beberapa platform kripto termasuk FTX, KuCoin, Kraken, Coinbase, WazirX, eToro, CoinMarketCap, Coingecko, Nexo dan lain-lain telah terjejas.

Selain itu laman web popular seperti 2K Games, League of Legends, Minecraft, Steam, Amazon Web Services, Discord, DoorDash, Gitlab, Shopify, Skype, UPS, Udemy, Canva, dan HubSpot, antara yang terkesan.

Kebanyakkan laman web mengunakan Cloudfare kerana prestasi yang terhasil serta erlindungan dan keselamatan DDoS. Selain itu, platform yang menggunakan perkhidmatan DNS DigitalOcean untuk menyebarkan IP juga menghadapi masalah kerana perkhidmatan tersebut bergantung pada Cloudflare.

Ini merupakan gangguan kedua Cloudfare dalam masa seminggu. Pada 15 Jun gangguan lain juga telah berlaku menyebabkan beberapa perkhidmatan termasuk Discord, GitLab dan platform SaaS OSlash, Shopify dan Canva menghadapi isu rangkaian di India, Indonesia dan Eropah Timur.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat