Masih Ada Harapan Untuk AUD/USD Meneruskan Semula Kenaikan?

347

Sesi Asia pada Khamis melihatkan dolar Australia kembali meningkat semula berbanding US dolar susulan data lebihan dagangan Australia yang diterbitkan dengan angka melebihi A$10 bilion merupakan catatan rekod tertinggi.

Hal ini telah menyokong kenaikan semula harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD pada sesi Asia selepas harga menunjukkan penurunan pada sesi-sesi sebelumnya.

Pada dagangan Rabu semalam, harga dilihat berlegar pada paras rintangan 0.78300 sebelum mengalami penurunan semula ditekan oleh pengukuhan US dolar dalam pasaran.

Harga memberikan isyarat untuk trend penurunan harga semula selepas bergerak lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Pada sesi Asia pagi ini, penurunan harga dilihat masih diteruskan pada awal sesi bermula, namun harga mula melonjak semula ekonomi Australia diterbitkan.

Harga kekal meningkat sehingga pembukaan sesi Eropah dengan halangan dinamik MA50 diuji dan menuju zon rintangan semalam.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, zon rintangan seterusnya pada 0.79000 perlu dilepas harga sebelum menuju ke paras ketinggian 0.8000 yang dicapai minggu lalu.

Sebaliknya, harga yang menyambung penurunan semalam akan menguji sekali lagi zon support sekitar 0.77400 sebelum meneruskan penurunan ke paras support lebih rendah pada 0.76500.

Momentum pengukuhan US dolar berkemungkinan perlahan susulan pelabur yang berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP AS di penghujung minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat