Masih Bearish? GBP/USD Pamer Lantunan Harga 130 Pips

124

Walaupun pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih dalam trend bearish, namun terdapat lantunan harga dipaparkan pada dagangan Rabu semalam.

Ini adalah disebabkan mata wang US dolar yang bergerak lemah di sesi Eropah sebelum sedikit mengukuh semula di sesi New York.

Selain pelabur sedang berhati-hati menilai petunjuk terhadap dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed), berita-berita yang muncul dalam pasaran mempengaruhi sentimen semasa dan menggerakkan harga.

Ketika US dolar melemah di sesi Eropah, tumpuan sedang terarah kepada perkembangan positif di China apabila kerajaan mengumumkan dasar sifar-Covid akan ditamatkan dan digantikan dengan kaedah lain untuk menangani isu penularan virus.

Justeru, harga yang berlegar di atas paras 1.21000 telah melonjak sekitar 130 pips mencapai paras ketinggian pada 1.22300.

Namun kenaikan lanjut harga tidak diteruskan apabila penyusutan US dolar diterhadkan di sesi New York dengan laporan tentang ancaman perang nuklear oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin mencetuskan semula kebimbangan dalam pasaran.

Harga kembali berundur dan berlegar semula di zon tumpuan 1.22000 sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis).

Pergerakan harga yang telah berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD dinilai sebagai isyarat awal untuk kemungkinan perubahan trend bakal berlaku.

Sekiranya harga menunjukkan lonjakan dari zon 1.22000, sasaran yang dituju dilihat berada pada 1.23000.

Melepasi rintangan tersebut berkemungkinan akan mendorong harga mengatasi ketinggian yang dicapai di awal minggu sebelum menuju pula ke paras jangkaan 1.24000 untuk rekod tertinggi 6 bulan.

Sebaliknya, jika menyambung pergerakan pada corak bearish sebelum ini, zon sokongan pada 1.21000 bakal menjadi tumpuan untuk diuji sekali lagi.

Seandainya melepasi zon berikut, harga berkemungkinan boleh jatuh sehingga ke sekitar 1.20000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat