Masih Bersedih Dengan Kematian Suami Dan Anak, Vanessa Laine Bryant Failkan Saman!

1,223

Kematian salah seorang bintang lagenda bola keranjang, Kobe Bryant dengan 9 penumpang yang lain dalam nahas helikopter pada tahun lalu masih meninggalkan kesan terhadap dunia terutamanya peminat sukan bola keranjang. Lebih menyayat hati, tragedi berkenaan turut mengorbankan anak perempuannya, Gianna Bryant yang baru berusia 13 tahun. Nak tahu apakah kisah di sebaliknya? Klik sini.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana remuknya hati seorang isteri dan ibu yang telah kehilangan suami serta anaknya. Semalam, Vanessa Laine Bryant yang merupakan isteri kepada mendiang Kobe Bryant telah menfailkan tindakan undang-undang terhadap syarikat helikopter berkenaan kerana mengakibatkan kematian suami dan anaknya.

Tuntutan tersebut telah difailkan sebelum majlis memperingati lagenda sukan bola keranjang NBA dan anak perempuannya yang dikenali sebagai ‘Perayaan Kehidupan’ dan dijangka bertempat di Staples Center, Los Angeles.

Berdasarkan tuntutan yang dikemukakan, Vanessa mendakwa bahawa Island Express Helicopters tetap mengizinkan helikopter berkenaan untuk terbang di udara meskipun keadaan tidak selamat.

Menurut jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, helikopter Sikorsky S-76B itu didapati terhempas ketika kabus tebal di Los Angeles. Sehubungan dengan itu, tuntutan tersebut telah mendakwa juruterbang helikopter malang itu memandu dengan kelajuan 180mph ketika kabus tebal dan dalam keadaan bahaya.

Oleh yang demikian, Vanessa bertindak untuk menuntut keadilan terhadap kematian suami dan anaknya namun tidak menjelaskan tentang pampasan kerosakan yang diminta.

Anda mungkin juga berminat