Masih ‘Steady’, GBP/USD Kekal Didagangkan Meningkat

420

Pelabur berwaspada terhadap dagangan Pound Sterling berikutan tarikh akhir rundingan yang ditetapkan oleh Perdana Menterik UK, Boris Jonson semakin hampir iaitu pada 15 Oktober ini.

Ketua Pegawai Perundingan Brexit UK, Michel Barnier berpendapat kesepakatan rundingan berkemungkinan tidak akan dicapai pada persidangan 15 Oktober.

Sementara, dari sudut ekonomi, ucapan oleh Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey menyatakan bahawa bank pusat akan menerapkan polisi yang lebih agresif dalam meningkatkan semula ekonomi UK yang masih terkesan oleh penularan pandemik.

Walaupun risiko masih lagi membelenggu ekonomi, namun pilihan untuk melaksanakan kadar faedah negatif dilihat belum bersesuaian.

Namun, berbanding US dolar, Pound Sterling masih berjaya mengekalkan kenaikan harga seperti yang dipamerkan pada carta pasangan GBP/USD.

Harga kekal bergerak di atas paras 1.29000 selepas penurunan pada dagangan Khamis semalam menguji paras sokongan tersebut namun gagal turun lebih rendah.

Harga kembali meningkat dan bergerak di atas paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat trend bullish.

Sesi Asia pada Jumaat turut menyaksikan harga membuat kenaikan ke paras ketinggian yang dicapai hari sebelumnya dengan jangkaan paras resistance 1.3000 akan diuji sekali lagi sebelum harga menutup dagangan pada minggu ini.

Kenaikan lebih tinggi melepasi resistance tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu pada carta GBP/USD.

Namun jika risiko terus meningkat buat Pound, harga berkemungkinan paparkan penurunan semula menuju paras 1.29000 sebelum turun lebih rendah ke paras 1.28500.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 1.27600.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat