Masih Tak Yakin Dengan Kemampuan Ekonomi Eropah – Ini Langkah ECB Seterusnya!

287

Bank Pusat Eropah (ECB) hari ini, telah mengemukakan cadangan kepada institusi-institusi kewangan di Eropah untuk melanjutkan penangguhan pembayaran dividen sehingga akhir tahun ini.

Ia bertujuan untuk membantu mempertahankan kekuatan kewangan mereka ketika berdepan dengan krisis coronavirus yang telah menjejaskan ekonomi.

Walaupun bank-bank di Eropah dilihat masih mampu menahan gelombang kedua wabak pandemik coronavirus, tetapi mereka perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, bank pusat juga meminta bank supaya tidak membeli semula saham sehingga Januari 2021 dan ‘bersikap secara sederhana’ untuk menjimatkan modal.

Dalam pada itu, bank pusat juga akan mengkaji semula sama ada pendekatan ini diperlukan pada suku keempat, di samping turut mempertimbangkan mengenai persekitaran ekonomi, sistem kewangan dan perancangan modal.

Pada Mac, ECB telah menggesa institusi kewangan di Eropah untuk tidak melakukan pembayaran dividen sekurang-kurangnya sehingga Oktober dalam usaha memerangi wabak yang melanda ekonomi.

Pengumuman ECB hadir pada hari yang sama Bank of England (BOE) memberitahu bahawa pihaknya juga mempertimbangkan sama ada akan melanjutkan penangguhan pembayaran dividen dan pembelian balik saham oleh bank sehingga akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat