Mastercard Ikrar Ingin Dominasi Asia Pasifik Dengan Perkhidmatan Kripto Terbaru!

916

Mastercard yang merupakan syarikat gergasi pemprosesan pembayaran, dalam diam sedang komited membuat kemajuan besar dalam dunia kripto dan sedang merancang untuk menjadikan perkhidmatan kad bank kripto berleluasa di Asia Pasifik.

Syarikat itu dilaporkan telah bekerjasama dengan tiga firma aset digital dari rantau ini yang akan membenarkan pengguna untuk menukarkan Bitcoin dan set kripto mereka yang lain kepada fiat. Tiga firma yang dimaksudkan ialah firma kewangan kripto Hong Kong Amber Group, pertukaran kripto Thailand Bitkub dan platform dagangan Australia Coinja.

Ketiga-tiga firma ini akan membantu Mastercard mengeluarkan kad debit, kredit dan prabayar yang terikat dengan kripto untuk pemilik perniagaan dan juga individu. Antara menjadi faktor penting yang mendorong Mastercard untuk mengambil langkah ini ialah kerana minat penduduk tempatan yang semakin meningkat terhadap aset kripto.

Tinjauan baru-baru ini di rantau Asia Pasifik mendedahkan bahawa 45% daripada pengguna di rantau ini merancang untuk melabur dalam aset kripto pada tahun hadapan, iaitu 5% lebih tinggi daripada purata global.

Menurut naib presiden eksekutif Mastercard yang menyelia projek ini berpandangan bahawa prinsip teras akan tetap diamalkan iaitu kestabilan, pematuhan kawal selia dan perlindungan pengguna. Penawaran perkhidmatan aset kripto oleh Mastercard akan memberi orang ramai pilihan dan fleksibiliti yang lebih besar dalam cara mereka membuat pembayaran.

Jika diimbas kembali beberapa tahun lalu, urus niaga kripto seringkali disekat oleh rangkaian Mastercard. Namun kini, arus perkembangan masa telah mengubahnya dimana Mastercard berhasrat menjadi pemain utama dalam ekosistem kripto.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat