Masuk Je Sesi Eropah, Pound Terus Melambung Tinggi!

506

Matawang pound memadamkan kerugian yang dicatatkan pada penghujung minggu lalu dengan kembali mendaki tinggi ke paras harga 1.28000 berbanding USD ketika pembukaan dagangan sesi Eropah hari ini.

Hal ini telah didorong oleh keyakinan yang meningkat bahawa perjanjian perdagangan Brexit mungkin dapat dicapai ketika Kesatuan Eropah (EU) dan UK dilaporkan akan memulakan rundingan kesembilan mereka pada hari Selasa, yang juga merupakan peringkat terakhir perbincangan.

Memasuki sesi Eropah, dagangan pound sterling melonjak lebih tinggi ke paras harga $1.2830 berbanding USD, dan turut menguat berbanding matawang euro.

Berikutan gangguan yang disebabkan oleh gelombang kedua pandemik Covid-19 yang kembali melanda Eropah, kedua-dua pihak kini dalam tekanan untuk mencapai kesepakatan menjelang tarikh akhir ditetapkan pada 15 Oktober.

Kebanyakan perniagaan di UK tidak dapat membuat persiapan menghadapi kemungkinan no-deal Brexit disebabkan pandemik dan terdesak untuk mencapai perjanjian bagi mengelakkan huru-hara di sempadan UK.

Rundingan yang akan berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada Khamis ini, bakal menyaksikan ucapan penting daripada Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier dan Ketua Perunding UK, David Frost mengenai hasil perbincangan kedua-dua pihak.

Memandangkan ini adalah rundingan rasmi yang terakhir, taklimat yang bakal disampaikan adalah sangat penting bagi hubungan masa depan EU dan UK, serta matawang pound sterling.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat