Masyuk! Bursa Melantun Keuntungan Pada Awal Pagi

184

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.41 mata pada 1,601.54 daripada penutupan Selasa pada 1,597.13.

Indeks dibuka kukuh 2.49 mata pada 1,599.62.

Ia dibuka melantun dari kerugian semalam untuk mencatat keuntungan sedikit tinggi pada awal pagi hasil pemangkin minat belian baharu.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 207 mengatasi rugi pada 103, manakala 222 kaunter pula tidak berubah, 1,721 tidak didagangkan dan 12 digantung.

Jumlah perolehan pada 199.14 juta unit bernilai RM70.68 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan ketidaktentuan pasaran akan kekal ekoran data harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat yang tinggi dari jangkaan, selain pelabur dijangka memberi fokus kepada nada hawkish Federal Reserve (Fed) dalam membendung inflasi.

Sementara itu, sektor pembinaan dan bahan binaan dilihat menjadi daya penarik buat pelabur ekoran khabar angin mengenai pilihan raya umum.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd naik 2 sen pada RM8.84 dan RM5.35, Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.68 dan IHH Healthcare Bhd capai 7 sen pada RM6.43 sementara Petronas Chemicals Group Bhd kekal pada RM10.26.

Saham aktif memperlihatkan ATA IMS Bhd dan Vortex Consolidated Bhd naik 1.5 sen pada 54.4 sen dan 21 sen sementara CSH Alliance Bhd, Techna-X Bhd dan China Ouhua Winery Holdings Ltd kumpul 0.5 sen pada 14.5 sen, 10 sen dan 8.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBMT 100 memulih 39.26 mata pada 11,135.79, indeks FBM Emas mengukuh 40.98 mata pada 11,484.65, indeks FBM Emas Shariah menambah 51.01 mata pada 12,107.71, FBM 70 mengumpul 83.84 mata pada 13,822.14 dan FBM ACE meningkat 31.58 mata pada 5,836.69.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan memaju 0.50 mata pada 213.52, indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 34.71 mata pada 16,753.69 dan indeks Perladangan meningkat 27.53 mata pada 8,502.87.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat