Masyuk! CEO Intel Peroleh 1,711 Kali Lebih Banyak Dari Purata Pekerjanya Pada 2021!

717

‘Dia punya level dengan selamba je boleh cakap – “pasal tu saya tak boleh duduk dengan T20”. Nasib baik dia bukan orang Malaysia je.’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Intel Corp, Pat Gelsinger peroleh gaji 1,711 kali ganda lebih banyak dari purata gaji pekerja di syarikat pembuat cip yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu.

Lebih mengejutkan, Gelsinger yang baru sahaja 11 bulan menyertai Intel pada Februari tahun lalu, mengatasi gaji Bob Swan, bekas CEO sebelumnya yang hanya peroleh 217 kali ganda lebih dari purata pekerja pada tahun 2020.

Berdasarkan pengiraan yang dibuat, Gelsinger peroleh US$178.6 juta pada 2021 dengan anugerah saham sebanyak 79% daripada jumlah pampasannya.

Pampasan tersebut termasuk one-time new-hire equity awards yang dijangka nilai sasarannya sebanyak $110 juta.

Ia secara tidak langsung menandakan CEO Intel itu peroleh 698% gaji lebih tinggi dari Swan pada 2020.

Sebagai perbandingan lagi, CEO Apple Inc Tim Cook hanya peroleh 1,447 kali dari gaji purata pekerjanya di syarikat telefon pintar itu pada 2021.

Menyusuri rekod, selepas Gelsinger mengambil alih ‘tampuk pemerintahan’ Intel dari Swan, beliau telah melancarkan strategi pemulihan bagi mendapatkan semula penguasaan syarikat dalam industri semikondutor yang buat masa ini diterajui oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Co.

Sebagai penambah pengetahuan, Gelsinger pernah menjawat jawatan CEO di VMWare Inc sebelum kembali ke pangkuan Intel pada 2021.

Dalam pada itu, saham Intel yang merosot hampir 17% pada 2020, menyaksikannya memulih 6.8% pada tahun berikutnya selepas syarikat berjaya menghadapi krisis pembuatan dan persaingan.

Selain itu, pada awal bulan ini Intel telah membentangkan butiran pertama rancangan pelaburan $88 bilion yang merangkumi 6 negara Kesatuan Eropah termasuk pelaburan besar-besaran di Jerman.

Adakah ini pertanda takhta seorang CEO yang terkenal dengan mata wang kripto ‘anjing’ bakal tergugat? Sama-sama kita nantikan!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat