‘Masyuk’ Syarikat Pengeluar Getah Hari Ini

440

Syarikat-syarikat pengeluar sarung tangan getah dilihat mendominasi kaunter untung Bursa Malaysia ketika sesi dagangan berehat tengah hari tadi selepas Malaysia mencatatkan kes Covid-19 kedua tertinggi iaitu sebanyak 260 kes semalam.

Harga saham Hartalega Holdings Bhd mencatatkan peningkatan paling tinggi iaitu sebanyak 4.43% atau 72 sen kepada RM16.98, sekali gus menjadikan pasaran modalnya bernilai RM58.2 bilion. Hartalega turut menyaksikan jumlah dagangannya sebanyak 2.18 juta saham diniagakan.

Kossan Rubben Industries Bhd pula merekodkan kenaikan sebanyak 3.11% atau 42 sen kepada RM13.92, menjadikan pasaran modal syarikat berkenaan bernilai RM17.8 bilion.

Dalam pada itu, Supermax Corp Bhd menikmati kenaikan harga sahamnya sebanyak 3.56% atau 30 sen kepada RM8.72, sekali gus menjadikan nilai pasarannya sebanyak RM23.72 bilion. Selain itu, 15.56 juta saham syarikat itu telah didagangkan.

Comfort Gloves Bhd turut mencatatkan peningkatan sebanyak 4.89% atau 18 sen kepada RM3.86, menjadikan pasaran modalnya bernilai RM2.25 bilion dan 13.5 juta saham didagangkan.

Selain itu, Top Glove Corp Bhd merekodkan kenaikan 2.14% atau 18 sen kepada RM8.61, sekali gus meningkatkan nilai pasarannya kepada RM70.74 bilion selain 19.01 juta saham turut didagangkan.

Careplus Group Bhd pula menamatkan sesi dagangan paginya dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 5.61% atau 17 sen kepada RM3.20, menjadikan pasaran modalnya bernilai RM1.73 bilion. Syarikat itu turut melihatkan 40.72 juta sahamnya didagangkan.

Tidak ketinggalan Rubberex Corp (M) Bhd apabila merekodkan kenaikan sebanyak 2.92% atau 16 sen kepada RM5.64, sekali gus meningkatkan pasaran modalnya sebanyak RM1.57 bilion. Sebanyak 1.26 juta saham turut bertukar tangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat