Mata Wang Digital China Lepasi 100 Bilion Yuan!

323

Penerbitan mata wang digital bank pusat (CBDC) secara berterusan di China berjaya membuatkan transaksi yuan digital China melepasi 100 bilion yuan ($13.9 bilion).

Menurut People’s Bank of China (PBOC), 360 juta transaksi telah dibuat di 15 wilayah dan pusat-pusat bandar, manakala 5.6 juta peniaga sudah mula menerima pembayaran menggunakan CBDC.

Walaupun China masih di peringkat awal, negaranya berusaha untuk membangunkan CBDC susulan transaksi menggunakan e-CNY meningkat daripada 87.6 bilion yuan menjelang akhir 2021.

Bagi memerangi pandemik dan mempromosikan pengangkutan rendah karbon pula, lokasi-lokasi tumpuan menawarkan 30 pusingan subsidi e-CNY serta wang digital percuma di Shanghai bernilai $4.5 juta.

Sementara itu, bank pusat turut mengambil bahagian dalam multiple Central Bank digital (mCBDC) yang dibangunkan oleh Bank of International Settlements bagi menghubungkan sistem pembayaran digital tempatan Hong Kong.

Difahamkan juga bahawa pelaksanaan e-CNY kini digunakan untuk pembayaran runcit domestik, tetapi ia akan dipromosikan kepada perniagaan korporat dan peribadi bagi menggalakkan syarikat menggunakannya secara besar-besaran.

Dalam pada itu, China beriktikad bagi menghubungkan sistem e-CNY dengan sistem pembayaran digital tradisional yang dikendalikan oleh Alibaba Group Alipay serta Tencent Holding WeChat Pay bagi menjadikannya lebih mudah untuk pengguna dan peniaga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat