Mata wang Komoditi, Euro Curi Tumpuan Pada Sesi Eropah, Ini Sebenarnya Yang Terjadi!

331

Mata wang euro mendapat sokongan untuk meningkat pada sesi Eropah ketika tumpuan pelabur terarah kepada ucapan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde.

Berucap dalam Forum Perbankan Pusat yang berlangsung di Portugal, Lagarde memberitahu komitmen bank pusat untuk meningkatkan kadar faedah adalah bergantung kepada data ekonomi semasa.

Selain itu, beliau turut mengulangi pendirian bank pusat untuk menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada bulan Julai dan terdapat pilihan untuk meningkatkannya lebih banyak lagi pada September.

Tambahnya lagi, ECB akan menggunakan fleksibiliti dalam melabur semula penebusan yang perlu dibayar di bawah Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) untuk menangani pemecahan di Zon Eropah.

Kenyataan tersebut telah memberi sedikit dorongan buat euro untuk kekal stabil di atas harga 1.0550 berbanding USD.

Sementara itu, mata wang komoditi turut meningkat di tengah-tengah harapan baru untuk pemulihan di China selepas kes Covid-19 di Beijing dan Shanghai dilaporkan jatuh kepada sifar buat pertama kali selepas empat bulan dilanda gelombang kedua wabak itu.

Dolar Aussie mendahului kenaikan dengan diperdagangkan hampir 0.5% lebih tinggi berbanding US dolar, sementara dolar Kanada meningkat 0.4% dan New Zealand pula mendatar.

Meneliti dagangan pound, mata wang itu kekal diniagakan dengan pergerakan yang terhad di tengah-tengah risiko baharu daripada isu Brexit.

Rang undang-undang untuk mengubah Protokol Ireland Utara berjaya mengharungi halangan pertama selepas diluluskan oleh parlimen pada hari Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat