Mata wang Mendatar, Adakah Powell Akan Menggerakkan Pasaran?

375

US dolar kekal bertahan pada keuntungan ketika sesi Eropah dengan tumpuan pelabur kini beralih kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada sesi New York.

Pengerusi Jerome Powell akan mengambil bahagian dalam perbincangan di Kelab Ekonomi Washington DC.

Walaupun pelabur tidak meletakkan jangkaan tinggi terhadap Powell, namun sebarang kenyataan mengenai dasar monetarinya mungkin boleh mempengaruhi pergerakan USD selanjutnya.

Sementara itu, dolar Aussie didagangkan stabil selepas Reserve Bank of Australia (RBA) meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas kepada 3.35% seperti yang dijangkakan.

Bank pusat itu turut memberi kenyataan berbaur hawkish untuk melakukan peningkatan selanjutnya dalam kadar faedah di tengah-tengah inflasi yang melambung tinggi.

Mengikuti perkembangan mata wang Eropah, euro kekal didagangkan suram sekitar paras terendah 4 minggu, manakala pound sterling pula tergelincir lebih rendah berbanding US dolar.

Pelabur turut memberikan perhatian kepada ucapan daripada pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) dan Bank of England (BOE) pada sesi Eropah.

Dalam pada itu, yen terus mendapat sokongan untuk meningkat selepas Kementerian Kewangan Jepun mengesahkan campur tangan dalam pasaran secara senyap-senyap pada Oktober lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat