Mata wang Yuan China Merana Angkara PBOC

116

Langkah mengejut People’s Bank of China (PBOC) menurunkan kadar faedahnya pada Isnin telah mendorong dagangan mata wang yuan lebih rendah.

Bank pusat itu mengurangkan kadar pinjaman polisi setahunnya sebanyak 10 mata asas kepada 2.75% pada Isnin bagi menyokong semula ekonomi dengan meningkatkan permintaan.

Ini terjadi susulan penerbitan beberapa data ekonomi termasuk penjualan runcit dan pengeluaran perindustrian yang dicatatkan lebih lemah daripada jangkaan pada bulan Julai.

Tindakan PBOC mendorong yuan kembali merosot ke paras terlemah yang disentuhnya sejak Mei lalu pada 6.80 berbanding US dolar.

Meskipun begitu, penganalisis melihat nilai mata wang yuan yang lebih lemah juga bermakna ia adalah positif untuk perdagangan dan akan memberi manfaat kepada pengeksport.

Bank pusat China dijangka akan mengekalkan kecenderungan untuk dasar monetari yang lebih lemah berikutan kelembapan yang dipaparkan dalam data ekonomi semasa dan pelaksanaan polisi sifar Covid berterusan.

Ekonomi gergasi kedua dunia itu melalui haluan yang sukar untuk bergerak ke arah pemulihan kerana ia terus bergelut dengan langkah sekatan Covid yang berulang, risiko dalam sektor hartanah dan ketegangan yang memuncak dengan Amerika Syarikat mengenai isu Taiwan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat