Matawang Aussie Mengukuh, Harga Minyak Brent Hampir Mencapai Paras Tertinggi

341

Matawang Aussie mengukuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.08% kepada 0.7961, manakala USD/JPY juga menyatat penyusutan sebanyak 0.04% kepada 111.27 setakat jam 11.15 a.m.

Matawang Aussie mengukuh dalam awal sesi dagangna sebelum mencatat penyusutan. Pengukuhan matawang didorong oleh laporan data pekerjaan yang positif apabila bilangan pekerjaan bertambah sebanyak 34,700 pada bulan Disember.

China pula mencatat pertumbuhan ekonomi GDP sebanyak 6.7% pada suku tahun keempat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sebanyak 0.01% kepada 90.66 setakat jam 11.15 a.m

Pasaran Komoditi

Harga minyak mengukuh dan minyak brent hampir mencapai paras tertinggi sejak 2014 pada hari Khamis.

Harga minyak WTI berada di sekitar $64.21 setong dan Brent $69.56 setong setakat pukul 05.30 p.m.

Harga emas pula jatuh menjunam hampir 1% kepada 1,326.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat