Matawang Aussie Mengukuh, New Zealand Dolar Menyusut Berbanding U.S Dolar

84

Matawang Australia dolar mengukuh berbanding U.S dolar pada hari Isnin dalam pasaran Eropah. Manakala New Zealand dolar menyusut berbanding U.S dolar berikutan data jangkaan inflasi yang lemah berbanding sebelumnya dan tumpuan pasaran pada laporan terkini data pekerjaan U.S.

AUD mengukuh sebanyak 0.03% kepada 0.7653 berbanding U.S dolar setakat jam 04.20 petang.

Berdasarkan Jabatan Buruh U.S pada hari Jumaat, terdapat sebanyak 261,000 pekerjaan ditambah dalam ekonomi U.S pada bulan Oktober. Namun bacaan ini tersasar daripada jangkaan yang mensasarkan penambahan sebanyak 351,000 pekerjaan. Kadar pengangguran  jatuh kepada 4.1%, paras ini merupakan paras terendah sejak Disember 2000.

Selain itu, turut mendorong pengukuhan U.S dolar ialah laporan data tempahan perkilangan U.S dan data bukan pembutan PMI yang positif.

NZD menyusut sebanyak 0.28% kepada 0.6888 setakat jam 04.20 petang, selepas Reserve Bank of New Zealand mengeluarkan kenyataan bahawa jangkaan inflasi bagi 2 tahun akan datang jatuh kepada kadar 2.0% bagi suku tahun ketiga berbanding suku tahun kedua yang mencatat paras 2.1% .

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sebanyak 0.02% kepada bacaan 94.85 setakat jam 04.20 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat