Matawang Berisiko Terus Catat Pengukuhan Sementara Data Perdagangan China Jadi Tumpuan

358

Sesi pasaran Asia hari ini menunjukkan dagangan US dolar menyusut lebih rendah, manakala matawang berisiko lain pula mencatat peningkatan sementara pelabur menantikan penerbitan data imbangan dagangan dari China yang dijangka menunjukkan kesan lebih luas ke atas ekonomi disebabkan coronavirus.

Matawang Asia, dolar Aussie dan New Zealand kekal diniagakan mengukuh berbanding US dolar selepas meningkat pada sesi sebelumnya.

Data keyakinan perniagaan oleh Bank Negara Australia (NAB) pada bulan Mac menunjukkan penyusutan -66 mata daripada -4 yang dicatatkan pada Februari. Penurunan ketara yang dicatatkan dilihat tidak mengejutkan pasaran memandangkan hasilnya memang sudah dijangka disebabkan faktor penularan coronavirus.

US dolar menyusut lebih rendah berbanding safe-haven yen di tengah-tengah ketidakpastian yang membelenggu pasaran berikutan rancangan pembukaan semula ekonomi Amerika Syarikat oleh Presiden Donald Trump walaupun kes dan kematian di negara itu masih tinggi.

Matawang euro kembali melonjak selepas menyusut berbanding US dolar pada sesi New York disebabkan kekurangan permintaan terhadap matawang itu dalam sentimen pasaran yang berisiko.

Sementara itu, matawang pound terus mencatat peningkatan di tengah-tengah kekurangan permintaan terhadap US dolar. Setiausaha Negara Dominic Raab yang memangku tugas Perdana Menteri UK, Boris Johnson dijangka akan mengumumkan lanjutan perintah berkurung untuk satu bulan lagi memandangkan angka kes dan kematian masih tinggi.

Matawang yuan China kembali meningkat dari paras terendah 3 minggu berbanding US dolar, sementara tumpuan pasaran terarah kepada penerbitan data imbangan dagangan China bagi bulan Mac.

Selain itu, dolar Kanada juga didagangkan meningkat, masih disokong oleh kenaikan harga minyak mentah susulan persetujuan dalam penetapan pengurangan pengeluaran minyak oleh OPEC+ pada Ahad.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat