Matawang Euro Susut Menjelang Ucapan Christine Lagarde Sebagai Presiden ECB!

383

Matawang euro susut pada hari Isnin berikutan para pelabur memberi tumpuan pada ucapan Christine Lagarde buat pertama kali sebagai pengerusi Bank Pusat Eropah (ECB) dan dalam masa yang sama pelabur mengharapkan Amerika Syarikat memilih untuk tidak mengenakan tarif ke atasa barangan import auto.

Largarde akan memberi ucapan buat pertama kali sebagai pengerusi ECB pada hari ini. Disisi lain pasaran menjangkakan bahawa beliau akan iltizam dengan polisi yang diamalkan oleh Mario Draghi.

Pada hari Ahad lepas, Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Wilbur Ross telah mengatakan bahawa Washington tidak perlu untuk mengenakan tarif ke atas kenderaan import pada akhir bulan ini setalah mencapai “komunikasi yang baik” dengan para automaker di Kesatuan Eropah, Jepun dan Korea.

Menurut para pakar perdagangan, pengenaan tarif tersebut telah ditangguhkan sehingga 6 bulan lamanya dan tidak mustahil ia akan diimplimentasikan.

Bagi Kenneth Broux, penganalisis Forex, jika pekara ini berlaku ia akan memberi impak yang besar ke atas sektor pembuatan Jerman.

Matawang Euro didagangkan susut sebanyak 0.10% kepada paras bacaan 1.1554 berbanding US dolar setakat jam 11.40 p.m.

Disis lain matawang sterling juga didagangkan susut berbanding US dolar dengan penyusutan sebanyak 0.17%. Para pelabur berpendapat risiko terhadap hard Brexit semakin berkurangan dan kini tumpuan pada pilihan raya akan datang.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.12% pada paras 97.155 setakat jam 11.45 p.m.

Setakat ini AS-China masing-masing memberi isyarat yang positif terhadap kemajuan perdagangan. Walaubagaimanapun masih terdapat kekhuatiran kerana permintaan yang diajukan oleh Amerika Syarikat terlalu banyak dan hal ini menyebabkan segelintir skeptis bahawa rundingan ini akan tercapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat