Matawang Euro Terus Mencanak, Pound Tersungkur

773

Dagangan matawang euro meneruskan kenaikan lebih tinggi pada sesi Eropah di tengah-tengah kelemahan dolar greenback yang terus diperdagangkan di sekitar paras terendah dua tahun.

Harapan pasaran terhadap vaksin Covid-19 yang dilaporkan akan diluluskan secepatnya pada bulan Disember dan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan melaksanakan lebih banyak langkah rangsangan telah mendorong pelabur mengurangkan permintaan US dolar.

Berikutan perbincangan mengenai rangsangan fiskal baru daripada kerajaan AS masih belum dibuat, para pelabur kini menjangkakan Fed akan mengambil langkah untuk meningkatkan pembelian bon pada mesyuarat polisi Disember.

Pengerusi Fed, Jerome Powell yang memberi keterangan di hadapan Kongres pada hari Selasa dan Rabu akan diteliti oleh pelabur untuk mendapatkan petunjuk daripada bank pusat, selain penerbitan data pekerjaan pada Jumaat turut menjadi perhatian pasaran.

Sementara itu, matawang pound mempamerkan penurunan pada permulaan sesi Eropah ditekan oleh ketidakpastian yang berlegar mengenai rundingan perdagangan Brexit, menyebabkan pelabur berhati-hati dalam meletakkan posisi.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, matawang itu turut disokong oleh harapan bahawa perjanjian dapat dicapai. Setiausaha Luar Negeri UK, Dominic Raab menyatakan keyakinan beliau bahawa kedua-dua pihak dapat mencapai kesepakatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat